FoLLoW FoLLoW yE~

untukmu MIP

Pen merah pen biru..

itu aku tidak mahu tahu..

aku hanya ingin kau tahu..

aku masih CINTA kau yang satu~


Fobia

silinder dibakar..
hati mulai resah dilanda ketakutan..
mungkin aku memanggilnya FOBIA..
fobia dengan manusia berhati binatang..

setiap langkah yang ku hayun..
dengan kelajuan yang seriring..
aku mempercepatkan destinasi..

dan setiap tangga didaki..
bebola mata melilau mencari kepastian yang selamat.
melihat dari sudut ini..
adakah bayangan itu benar?

Cinta Pertama

cinta pertama?

untuk berpuluh tahun sekian lamanya..
adakah ingatan dan kenangan itu akan lupus tentang cinta pertama??
impian atau sekadar cinta monyet ketika cinta pertama itu hanya permulaan cinta??

cinta pertama mungkin cinta monyet..
cinta pertama mungkin hanya sementara..
dalam mencari erti cinta sebenar..
tapi bagaimana cinta itu hadir dan menyentuh kembali hati yang sekian lama telah jauh?

seolah-olah hati digegar kembali dan berpaksi pada cinta pertama..
namun semakin mengejar ia semakin jauh..
gilakah jiwa ini yang meronta hanya kerana cinta pertama?